Nama asal sekolah ini semasa ditubuhkan ialah Sekolah Melayu Telok
Ramunia , ditubuhkan pada tahun 1926 ia diasaskan oleh Allahyarham Tuan
Syed Mohammad Bin Syed Abd Rahman .Tapak asal sekolah ini terletak di
Kampung Masjid dan dipindahkan ke Kampung Changi hingga sekarang .
Sekolah ini juga pernah menggunakan hospital Jepun sebagai sekolah pada
tahun 1946 .Pada Tahun 1964 Sekolah Melayu telah ditukarkan namanya
kepada Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia .Pada awal penubuhannya sekolah
ini hanyalah berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap .Pada tahun 1964
sekolah ini mendapat bangunan baru yang mempunyai kemudahan 4 bilik
darjah ,pejabat , kantin , tandas murid serta guru, pam air dan rumah
guru. Dalam tahun 1970, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan
tambahan yang mengandungi 2 buah bilik darjah , pejabat dan bilik guru.
Kemudian
pada tahun 1985, Sekolah Kebangssaan Teluk Ramunia telah mendapat
bangunan tambahan yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah stor dalam
projek kilat. Memandangkan pertambahan murid semakin pesat, pada tahun
1987 pula, sebuah bangunan mengandungi 4 bilik darjah telah didirikan
secara gotong-royong.
Pada tahun awal 1990-an Kampung Teluk Ramunia
telah menerima perubahan yang pesat dengan munculnya sebuah syarikat
bina berat SIME SEMBAWANG. Syarikat tersebut kemudiannya telah
menyumbangkan sebuah bangunan yang terdiri daripada 2 bilik darjah dan
sebuah bilik guru.
Perubahan baru ialah pada tahun 2002, dimana
sekolah ini turut menerima bangunan 4 tingkat yang terdiri daripada 6
bilik darjah, pusat sumber dan perpustakaan, makmal sains, makmal
computer, bililk kemahiran hidup, bilik muzik, bilik mesyuarat,serta
tandas dan stor.
Pada tahun 2012, bangunan baru 3 tingkat siap dibina.