Saturday, June 27, 2020

Infaq Ramadhan (Sumbangan Anak Yatim) 2020

1.         Tarikh                         : 04 Mei 2020
2.         Hari / Masa                : Isnin / Petang
3.         Tempat                       : Rumah Anak Yatim
4.         Objektif                       :

4.1 Memberi sumbangan kepada anak yatim Sk. Telok Ramunia dalam kalangan guru.
4.2    Bekerjasama menghidupkan Ramadhan dengan ibadah sedekah.
4.3   Perkongsian rezeki sesama hamba Allah semasa PKP dalam bulan Ramadhan.
5.         Sasaran                     :                          
Program ini mensasarkan 11 orang anak yatim SK Telok Ramunia,  Pengerang
6.         Butiran aktiviti           :
Tempoh mengumpul sumbangan setiap guru muslim ialah bermula pada 25 Mei 2020 – 30 Mei 2020.

Tarikh serahan sumbangan adalah pada 04 Mei 2020.

7.         Penilaian Program  :
            7.1 Kekuatan Program        :
a.  Semua guru SEKTER telah memberikan kerjasama yang sangat baik.
b.  Sejumlah RM1210.00 berjaya dikumpul untuk tujuan sumbangan kepada anak yatim SEKTER.

            7.2 Kelemahan Program    :
a. Program penyerahan sumbangan tidak dapat dijalankan seiring program Khatam Al-Quran di sekolah seperti tahun-tahun yang lepas memandangkan masih dalam waktu PKP.
            7.3 Cadangan Penambahbaikan :
a.  Pengumpulan dana dan agihan sumbangan semasa bulan Ramadhan boleh diperluaskan lagi kepada murid yang memerlukan selain anak yatim.

8.         Dokumentasi Bergambar   :




Program Semarak Al-Quran (Sempena Ramadhan Al-Mubarak Semasa Perintah Kawalan Pergerakan – PKP)


1.        Tarikh                         : 24 April 2020- 22 Mei 2020
2.         Hari / Masa                : Setiap hari sepanjang Ramadhan
  Sesi 1 ( 24 - 30 April 2020 )
  Sesi 2 ( 01 - 07 Mei 2020 )
  Sesi 3 ( 08 – 14 Mei 2020 )
  Sesi 4 ( 15 – 22 Mei 2020 )
3.         Tempat                       : Rumah masing-masing
4.         Objektif                       :

4.1       Memberi ruang dan peluang serta dorongan untuk mengimarahkan Ramadhan dalam kalangan guru.
4.2       Bekerjasama menghidupkan Ramadhan dengan kalam Allah.
4.3       Perkongsian cara meningkatkan amal ibadah semasa PKP.
5.         Sasaran                     :                   
Program ini mensasarkan semua guru SK Telok Ramunia,  Pengerang seramai  
27 orang melalui 4 Sesi.

6.         Butiran aktiviti           :
Setiap guru muslim memilih juzuk dalam al-Quran yang hendak dibaca.
Bermula 1 Ramadhan hinggalah akhir Ramadhan.
Setiap hari jumaat sepanjang Ramadhan, jam 8.00 pagi guru-guru membaca doa khatam di rumah masing-masing.

7.         Penilaian Program   :

            7.1 Kekuatan Program        :
a.  Semua guru SEKTER telah memberikan kerjasama yang sangat baik.
b.  Tadarus di rumah masing-masing selama 4 sesi telah berjalan dengan jayanya.

            7.2 Kelemahan Program    :
a.    Al-Quran yang dibaca tidak dapat disemak oleh rakan guru yang lain.
b.    Tadarus Al- Quran :  tidak dapat dijalankan bersama rakan guru dan murid-murid kerana waktu PKP.

            7.3 Cadangan Penambahbaikan :
a.    Terus menuntut ilmu untuk memperbaiki bacaan al-Quran.

8.         Dokumentasi Bergambar    :