Wednesday, February 26, 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH






KEJOHANAN OLAHRAGA
SK TELOK RAMUNIA 2020


1.         PENGENALAN

                        Kejohanan Balapan dan Padang SEKTER merupakan suatu program yang dirancang             oleh Unit Sukan dan Permainan di bawah Majlis Ko-Kurikulum SK Telok Ramunia. Program ini          diadakan pada setiap tahun dan melibatkan semua warga SK Telok Ramunia dan juga para ibu    bapa serta penjaga murid-murid SK Telok Ramunia samada secara langsung atau tidak langsung.

                        Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada semua individu     yang terlibat tentang aktiviti balapan dan padang disamping mencungkil bakat-bakat yang             berpotensi dari kalangan murid-murid yang boleh diketengahkan sehingga ke peringkat yang   tertinggi.


2.         RASIONAL

2.1              Pembangunan diri insan mestilah secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.2              Penekanan kepada pembangunan potensi, minat dan bakat individu dapat dipupuk sepenuhnya.
2.3              Individu dapat berinteraksi dan berkomunikasi dalam masyarakat justeru hubungan kemanusiaan dapat disemai dalam jiwa setiap individu yang terlibat.

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2020
















PROGRAM
TRANSISI TAHUN 1
SEKTER 2020

1.0 PENDAHULUAN
Program Transisi Tahun 1 adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan merapatkan ukhuwah antara guru dan Majlis Permuafakatan Ibu bapa Tahun 1 2020.

                    2.0 MASA
                        7.30-1.00
    16 Januari 2020
   
3.0          TEMPAT
      Dewan Saidina Abu Bakar,
 Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia, 81620 Pengerang , Johor.

4.0          SASARAN
      Semua ibu bapa Tahun 1 2020.
 Semua murid Tahun 1 2020  seramai 44 orang


5.0          OBJEKTIF
     5.1 Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak                           sekolah dengan ibu bapa.

5.2 Berbincang dengan ibu bapa mengenai pengurusan                        anak-anak di Tahun 1.

5.3 Penerangan yang jelas mengenai pendidikan  khususnya                di Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia.
8.0 MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI DAN BIDANG TUGAS

BIL
J/KUASA
AHLI
BIDANG TUGAS
7.1
Juru acara
Pn. Noraisah bt Ibrahim
-Mendapatkan aturcara majlis daripada urus setia.
-Menyediakan teks ucapan majlis.

7.2
Bacaan doa
Ustaz Lazawardi bin Ab. Manaf
-Menyediakan teks bacaan doa.
7.3
Juru foto
Pn. Saidatul Radziah bt Zulkefli
-Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung.
-Serahkan gambar pada JK Dokumentasi.
7.4
Peralatan & Persiapan Tempat
1.En. M.Gazali bin Hasan (k)
2. En. Mohd Asri bin Mat Noor
-Menyediakan PA System dan LCD.
-Menyusun kerusi untuk ibu bapa dan murid.
7.5
Kawalan murid
Pn. Mazura Yuslaili
Pn. Rosazlina Adzni
-Mengawal Disiplin pelajar semasa majlis berlangsung.
7.6
Buku Program
Cik Thivya Barathi A/P Yoharaja
-Menyedia dan mencetak buku program.
7.7
Pengelola Sukaneka Murid:

1. En. Razeen bin Adam Rafik Thiagarajah(k)
2.En. Lazarwadi
3.Pn. Rasidah bt Baharudin
-Menyediakan peralatan utk acara sukaneka
-Mengelola sukaneka
7.8
Pengelola Sukaneka Ibu bapa:

1.En. Engku Ariffin (k)
2.En. Gazali
3.En. Farhan
-Menyediakan peralatan utk acara sukaneka
-Mengelola sukaneka
7.9
Jamuan murid & ibu bapa
1.     Pn. Saridah
2.     Pn. Norhayati
3.Majlis Permuafakatan Ibu bapa
-Menyediakan makanan
8.0
Hadiah
1.     Pn.Nurhidayah
2.     Pn. Mazura Yuslaili
3.     Pn.Fadila
4.     Pn.Hasetiah

-Menyediakan dan menyusun hadiah
-Mengelola hadiah

Kejohanan Rentas Jaya 2019

















TARIKH : 16 JANUARI  2020

TEMPAT : PADANG SK TELOK RAMUNIADAN KAWASAN SEKITAR

PENDAHULUAN
          
              Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSD yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pada tahun ini, tiga sekolah bergabung untuk menjayakan Kejohanan Rentas Jaya 2020. Tiga buah sekolah itu terdiri daipada Sk Telok Ramunia, SK Sungai Rengit dan SJKC Peay Min yang akan  memupuk semangat  juang pada setiap atlet  yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara berpasukan. Setiap tahun SK Telok Ramunia telah berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif serta berupaya untuk mewakili daerah Kota Tinggi ke peringkat yang lebih tinggi.


MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 16 JANUARI  2020
 Masa:   7.45 – 10.00 pagi
Tempat: Laluan sekitar Kg Telok Ramunia.

KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
            Semua warga SK Telok Ramunia telah bekerjasama  dengan SK Sungai Rengit dan SJKC Peay Min untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Tuan Guru Besar  bagi ketiga-tiga buah sekolah sendiri telah turun padang untuk melepaskan para peserta.
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
Terdapat enam  kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan termasuk iaitu :-
          1. Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun
          2. Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun
          3. Kategori Lelaki Bawah 10 Tahun
        4. Kategori Perempuan Bawah 10 Tahun
        5. Kategori Lelaki Bawah 8 Tahun
        6. Kategori Perempuan Bawah 8 Tahun
KEKUATAN
               Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan Kejohanan Rentas Jaya 2020 peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Murid-murid pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.
KELEMAHAN
         Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur dimana para peserta berlari menggunakan keseluruhan permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk memintas. Para petugas kecemasan juga perlu ditambah kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak mencukupi

untuk merawat atau mengangkat para peserta yang pengsan di garisan penamat. Walapun begitu mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat.
KEWANGAN
                    Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM537 untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.
          PENUTUP
                   Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:
...............................................
( Mohd Suhaimi Bin Ab Rashid)
Penyelaras Rentas Jaya 2020