Wednesday, February 26, 2020

Kejohanan Rentas Jaya 2019

















TARIKH : 16 JANUARI  2020

TEMPAT : PADANG SK TELOK RAMUNIADAN KAWASAN SEKITAR

PENDAHULUAN
          
              Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSD yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pada tahun ini, tiga sekolah bergabung untuk menjayakan Kejohanan Rentas Jaya 2020. Tiga buah sekolah itu terdiri daipada Sk Telok Ramunia, SK Sungai Rengit dan SJKC Peay Min yang akan  memupuk semangat  juang pada setiap atlet  yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara berpasukan. Setiap tahun SK Telok Ramunia telah berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif serta berupaya untuk mewakili daerah Kota Tinggi ke peringkat yang lebih tinggi.


MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 16 JANUARI  2020
 Masa:   7.45 – 10.00 pagi
Tempat: Laluan sekitar Kg Telok Ramunia.

KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
            Semua warga SK Telok Ramunia telah bekerjasama  dengan SK Sungai Rengit dan SJKC Peay Min untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Tuan Guru Besar  bagi ketiga-tiga buah sekolah sendiri telah turun padang untuk melepaskan para peserta.
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
Terdapat enam  kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan termasuk iaitu :-
          1. Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun
          2. Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun
          3. Kategori Lelaki Bawah 10 Tahun
        4. Kategori Perempuan Bawah 10 Tahun
        5. Kategori Lelaki Bawah 8 Tahun
        6. Kategori Perempuan Bawah 8 Tahun
KEKUATAN
               Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan Kejohanan Rentas Jaya 2020 peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Murid-murid pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.
KELEMAHAN
         Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur dimana para peserta berlari menggunakan keseluruhan permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk memintas. Para petugas kecemasan juga perlu ditambah kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak mencukupi

untuk merawat atau mengangkat para peserta yang pengsan di garisan penamat. Walapun begitu mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat.
KEWANGAN
                    Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM537 untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.
          PENUTUP
                   Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:
...............................................
( Mohd Suhaimi Bin Ab Rashid)
Penyelaras Rentas Jaya 2020















No comments:

Post a Comment